Thursday, June 5, 2008

Minyak naik lagi...

Fenomena satu negara yang membimbangkan... krisis kenaikan minyak bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur, malah turut dirasai di tempat-tempat lain seperti Miri, Sarawak. Semalam 4 Jun, selepas kerajaan megumumkan kenaikan harga minyak, beratus-ratus kenderaan berpusu-pusu keluar malah berbaris panjang untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing di stesen minyak berdekatan.

Video ini merakamkan situasi yang berlaku di salah sebuah stesen Minyak di Miri, Sarawak selepas pengumuman kenaikan minyak diumumkan semalam.
Walaupun nampak sama-samar, tapi ianya jelas menggambarkan beberapa kenderaan sedang berebut-rebut untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing;

Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter.
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel juga turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Mengikut cadangan asal harga petrol sepatutnya RM3 seliter, tetapi mesyuarat Kabinet hari ini meminta kerajaan memberi diskaun 30 sen untuk setiap liter petrol yang dijual di negara ini.

Oleh itu, harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.

Persoalannya, bolehkah kita 'survive' dengan harga baru petrol dan diesel yang dikatakan masih lagi yang terendah di rantau ini dan malah bukan itu sahaja, harga beras di pasaran juga mengalami kenaikan yang sangat membimbangkan semua pihak.

'Tepuk dada tanya selera'

Sekian.

No comments:

What's this?!!!

Let's make money!